Monday, May 28, 2012

B.A.J.U

Salam..

Hye uols! Okay hari ini meh nak share skit pasal baju untuk tunang. Feeling2 nak kelihatan tggi dari biasa on that day nnt. So ade lah satu baju dari Rizalman ni yg menjadi pilihan hati. Cantik an? Konsep dia kurung modern je. Tp di tambah2 lace bunga2 di bhgian ujung2 baju tu yg buat ianya kelihatan lebih menarik. Plus, design kain tu sgt unik! 


Maka, misi mencari dan menyelamat pon bermula lah. Ke mane lah lagi klau bukan ke Jakel. Suka sgt kat Jakel ni sbb staff dia sgt rmai. Bila dh rmai customer, so xde lah seorg pon diabaikan. Plus, kain dia sgtlah byk pilihan kalbu yer. 


Tema yg dipilih ialah kaler pink gelap. Ntah xtau ape exact name for that color. Haha. Time pegi membeli tu tgh sale. Maka kain itu dari harga RM58/m jd  RM29/m. Gila kau kalau x beli! Half price uols.. 



Selesai merembat kain itu, maka kini misi mencarik lace utk ditampal di hujung2 baju itu. Lace mcm  ni byk ade kat kedai2 yg jual alatan menjahit. Yg saya beli ini kat Pertama Kompleks. Ade satu kdai alatan menjahit nama 'Kim Lai'. Yang menjadi pilihan hati yg warna hitam. Border dia ade pink2 silver sikit. Macam2 pilihan ade. Yg ini RM38/m. Beli pon xde la byk. Semeter setengah pon cukup dah. 


Lepas dah siap membeli kain and lace, sesi menempah bermula. Baju ni antar kat tailor yg dh 10 jahit baju ktorg. Jaitan dia sgt selesa. Kemas. Cantik. And yg penting, perpatutan. Ni haa address2 utk kedai Kim Lai and tmpt jait baju tu. Nnt kita tggu and lihat ape hasilnya. :')


Kim Lai Sdn Bhd.
G37, Ground Floor, Pertama Kompleks, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100, WP Kuala Lumpur.
0342962868

GAZ Boutique 
Lot 2.38A, Tingkat 1, Medan MARA, Jalan Raja Laut, 50350, WP Kuala Lumpur.
0327138896 / 0133949736 - Puan Sharmila


No comments: